Monday 16 May 2011

hari wesak

Wesak day..
Selamat menyambut hari wesak kepada semua yang beragama buddha. Wesak.

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Sekali lagi saya ucapkan selamat hari wesak kepada penganut agama buddha...

Bila hati bertaut... (CERPEN)

Pertama kali aku terpandang seorang jejaka, membuat hatiku berdegup kencang. Tak pernah aku merasakan seperti itu, entah kenapa aku sepertinya merasakan selamat dan selesa bila bersama dengan dia. Walaupun itu adalah kali pertama aku melihat dan berjumpa dengan dia. Mungkinkah itu yang di namakan cinta? Mungkin. Perkenalan kami agak pelik. Bagaimanapun aku tidak kisah dengan cara perkenalan kami. 

Aku merasakan satu perasaan yang amat sukar untuk ku terima pada mulanya, tapi aku cuba untuk menerima seadanya perasaan itu. Cukuplah aku menutup pintu selama 8 tahun. Perit dan luka di hati hanya kerana di permainkan oleh cinta monyet di waktu sekolah dahulu. Bila di fikirkan kembali peristiwa itu, benar2 membuat aku sakit hati. Namun, jika tiada sejarah maka tiadalah kemajuan dalam kehidupan yang bakal kita tempuhi.

Kini genap 4 bulan aku bekerja, dan juga mengenali jejaka itu. Perhubungan ku dan dia tidaklah seakrab teman baik, jika di lihat hanya sekadar berkawan biasa. Hati dan perasaan aku hanya untuk dia. Tetapi, adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama kepada aku? Buntu kepala otak jika memikirkannya.

Semakin hari perasaan aku ke dia semakin meluap2... kadang2 aku bertindak bodoh di depan dia hanya semata2 untuk menarik perhatiannya. Bodoh sungguh cara ku. Sehinggakan aku sendiri berkata pada diri sendiri; kenapa kau buat perkara sebegini? Ia boleh menyebabkan malu pada dirimu sendiri! Namun aku mengendahkan apa yang bermain di fikiran ku pada masa itu. Aku tetap dengan cara ku. PEDULIKAN JE!

Yang pasti aku akan bercerita kepada rakan sekerja dengan ku mengenai dia (jejaka tersebut). Sehinggakan sahabatku mengatakan yang aku ini sudah angau dengan cinta aku pada dia. Adikku pun perasan tentang tingkah laku aku yang berbeza dari sebelum2nya. Adikku mengatakan bahawa aku tidak pernah angau dan menyintai seseorang seperti sekarang. Aku hanya melemparkan senyuman pada adikku. Dia faham dengan senyuman yang aku tunjukkan padanya. Jika di rumah, adikku la tempat aku melemparkan segala isi hati yang sudah tidak dapat lagi aku bendung. 

Jika jodoh tidak lari kemana... betulkan?