Tuesday 21 June 2011

Hari baru di tempat keje baru...

Hai entah ape la nasib aku pada hari ni... nasib malang betul! Dah la hari pertama bekerja.. jadi lewat gara2 pemandu tak berhemah... sabau je la... kalau ikutkan hati nak je marah.. tapi disebabkan aku ni dah la tengah kecut perut sebab nervous nak lapor diri pada hari pertama bekerja.. kene plak insiden cm tu.. kereta orang tu hampir2 nak berlanggar dengan kereta aku.. aku still dalam line aku.. dia yang makan line orang tak sedar.. huh! patut aku yg marah ni dia plak yang marah lebih2. AIssssshhhhh... sakit jiwa la cam ni..

Hari pertama di tempat kerja betul2 membuat aku rasa kecut perut.. Ade seorang member yang kebetulan dah lama aku kenal bekerja di situ juga.. menegur aku...
"maei kenapa muka ko pucat sangat?!!" kata zetti.
" Hah?! pucat?? ye ke? patut la tangan aku pn pucat semacam je..." kata aku kepada zetti.
 Pagi2 lagi dah kecut perut.. hahaha.. pengalaman... Hari pertama bekerja agak boring kerana tak de kerja yang nak d buat.. so my leader give explaination about marketing to me.. however, semuanyer masuk telinga kanan keluar telinga kiri... ahahahaha... sampai la nak balik.. boring giler... hahahaha sabar2..

Begitulah cerita aku pada hari pertama aku bekerja di tempat baru... :)

Monday 20 June 2011

Bila hati bertaut... (CERPEN) 2

daHati ku kian meluap rasa sayang padanya... akhirnya aku meluahkan segala rasa hati ku padanya. Walaupun aku tahu jawapan yang bakal dia katakan pada ku.. namun aku tetap berdegil untuk mendengar sendiri jawapan yang di berikan dari dia. Dengan menebalkan muka aku meluahkan perasaan ku pada dia. Dia mengatakan dia masih belum boleh menerima sesiapa lagi dalam hatinya.. Dia juga ingin membantu keluarganya terlebih dahulau. aku faham apa yang di katakan dia. Kerana aku pernah mengalami perasaan itu sendiri. Tetapi aku ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah membuka pintu hati ku untuk seseorang.. walaupun pahit untuk ku terima kebenaran.... tidak lama selepas perkara itu, aku mendapat interview di Kuala Lumpur dan d tempat ku belajar dahulu. Aku di terima bekerja di tempat aku belajar dan lapor diri pada hari isnin tetapi di sebabkan aku masih bekerja d tempat lama, aku minta excuse untuk lapor diri pada hari selasa. Permintaan ku di terima dengan baik.

Hari ini aku menyerahkan surat berhenti pada syarikat tempat aku bekerja dan bertemu dengan semua kenalan ku di situ. Ada yang sedih dengan pemergian aku dan ada suka dengan pemergian aku. tapi aku tabah mengharungi kesedihan ini.. aku amatlah benci bila adanya perpisahan.. kerana setiap kali perpisahan, pasti aku kalah dengan situasi tersebut. aku akan menangis semahu2nya... tapi kali ni aku menampakkan ketabahan ku di depan mereka. Dalam perjalanan pulang, perasaan sedih aku tidak dapat di bendung lagi. Air mata ku akhirnya jatuh jua membasahi pipi aku. Rupanya aku masih tewas dalam detik perpisahan. Ku cuba untuk tidak menangis, namun hati ku sungguh sedih. Akhirnya aku menangis semahu2nya...

Kawan2 ku sering mengusik aku dengan berkata;
cepat2lah maei kahwin...
Tersipu malu aku di buatnya... tapi kini usikan itu tinggal kenangan.. aku telah bekerja di tempat lain. Setiap saat, segala senyuman, usikan, gelak tawa, suka dan duka menjadikan kenangan ini, pasti tidak aku lupakan.

Pergi memancing di tasik baru,
Dapat pula ikan puyu,
Wahai semua kawan2ku,
i just want to say that i love you...

Maei sayang semua kawan2 Maei. Maei tak akan lupakan mereka semua.
Pepatah Maei untuk kawan2;
jauh di mata dekat di hati,
jauh di mata dekat di FB..
hehehehe... :)

Monday 16 May 2011

hari wesak

Wesak day..
Selamat menyambut hari wesak kepada semua yang beragama buddha. Wesak.

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Sekali lagi saya ucapkan selamat hari wesak kepada penganut agama buddha...

Bila hati bertaut... (CERPEN)

Pertama kali aku terpandang seorang jejaka, membuat hatiku berdegup kencang. Tak pernah aku merasakan seperti itu, entah kenapa aku sepertinya merasakan selamat dan selesa bila bersama dengan dia. Walaupun itu adalah kali pertama aku melihat dan berjumpa dengan dia. Mungkinkah itu yang di namakan cinta? Mungkin. Perkenalan kami agak pelik. Bagaimanapun aku tidak kisah dengan cara perkenalan kami. 

Aku merasakan satu perasaan yang amat sukar untuk ku terima pada mulanya, tapi aku cuba untuk menerima seadanya perasaan itu. Cukuplah aku menutup pintu selama 8 tahun. Perit dan luka di hati hanya kerana di permainkan oleh cinta monyet di waktu sekolah dahulu. Bila di fikirkan kembali peristiwa itu, benar2 membuat aku sakit hati. Namun, jika tiada sejarah maka tiadalah kemajuan dalam kehidupan yang bakal kita tempuhi.

Kini genap 4 bulan aku bekerja, dan juga mengenali jejaka itu. Perhubungan ku dan dia tidaklah seakrab teman baik, jika di lihat hanya sekadar berkawan biasa. Hati dan perasaan aku hanya untuk dia. Tetapi, adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama kepada aku? Buntu kepala otak jika memikirkannya.

Semakin hari perasaan aku ke dia semakin meluap2... kadang2 aku bertindak bodoh di depan dia hanya semata2 untuk menarik perhatiannya. Bodoh sungguh cara ku. Sehinggakan aku sendiri berkata pada diri sendiri; kenapa kau buat perkara sebegini? Ia boleh menyebabkan malu pada dirimu sendiri! Namun aku mengendahkan apa yang bermain di fikiran ku pada masa itu. Aku tetap dengan cara ku. PEDULIKAN JE!

Yang pasti aku akan bercerita kepada rakan sekerja dengan ku mengenai dia (jejaka tersebut). Sehinggakan sahabatku mengatakan yang aku ini sudah angau dengan cinta aku pada dia. Adikku pun perasan tentang tingkah laku aku yang berbeza dari sebelum2nya. Adikku mengatakan bahawa aku tidak pernah angau dan menyintai seseorang seperti sekarang. Aku hanya melemparkan senyuman pada adikku. Dia faham dengan senyuman yang aku tunjukkan padanya. Jika di rumah, adikku la tempat aku melemparkan segala isi hati yang sudah tidak dapat lagi aku bendung. 

Jika jodoh tidak lari kemana... betulkan?